Sunday, 11 December 2016

PENDAHULUAN
Usahawan menurut Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat keperluan masyarakat, barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Selain itu, usahawan juga adalah seorang ahli perniagaan yang perlu mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangan yang dipasarkan.
Dengan kata mudah, seorang usahawan akan bertindak sebagai orang yang menguruskan sesuatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menangung risiko sesuatu perniagaan dan merupakan seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada sesuatu pembaharuan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menurut segala hak keempuaan keatas perniagaan tersebut.
Oleh itu usahawan menanggung risiko perniagaan. Usahawan memerlukan wawasan dan mengembangkan peniagaan untuk kemakmuran mayarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Lihat sahaja di mana-mana tempat, usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara. Ini menunjukkan bahawa “Melayu Hebat Berniaga!”

TUGAS 1 (A)
USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA

1      OBSERVANT (PEMERHATI)

HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR
Observant bermaksud taat, atau dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan atau lebih spesik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, observant daripada konteks bahasa Melayu ialah seseorang yang memberi prihatin yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara ataupun seseorang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu prihatin ke atas persekitaran dan merebut segala peluang yang ada dalam usaha memajukan perniagaan supaya mereka boleh terus berjaya atau mempu bertahan atas usaha mereka. Di samping itu, usahawan perlu mempunyai penglihatan yang tajam, mempunyai kebijaksaan serta berpandangan jauh.
Antara contoh usahawan yang gemar menggunakan pemerhatian dalam perniagaannya ialah Harsukhlal Maganlal Kamdar. Beliau merupakan peneraju gedung pakaian Kamdar. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang import eksport tetapi diberhentikan akibat Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau sering menunggang basikal 20 hingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi melihat dan memerhati bidang perniagaan yang berpotensi. Kemudian beliau pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni dan sebagainya. Beliau telah bekerja dan mencari pengalaman selama tiga tahun di Singapura.
Pada tahun 1950, Harsukhlal telah membuka perniagaan yang diberi nama BA Lalaji dan kemudiannya bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Perniagaannya telah berkembang dan beliau turut membuka kedai di Kuala Lumpur. Melalui pemerhatian beliau, Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan kini Kamdar telah meluas diseluruh pelosok Malaysia.
Oleh itu, usahawan ialah orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun daripada menjadi sebagai pemerhati, mereka dapat menghasilkan idea yang membawa manfaat kepada diri dan masyarakat.
2.     
3.    NETWORKED (RANGKAIAN)

DATIN MINA CHEAH FOONG
Business network atau rangkaian perniagaan merupakan salah satu elemen terpenting yang mesti diwujudkan untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Perkara ini telah diakui oleh semua usahawan yang telah berjaya. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik, cekap dan efektif untuk pengguna luaran dan dalaman ianya akan menjadi satu kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka.
            Rangkaian usahawan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rangkaian rasmi (formal networking) atau rangkaian tidak rasmi (informal networking). Rangkaian rasmi merupakan hubungan yang sedia ada di antara pelbagai pihak (suatu hubungan yang terbentuk daripada kebudayaan masing-masing yang hampir sama) dengan usahawan tersebut manakala rangkaian tidak rasmi terjalin melalui semasa zaman kanak-kanak, rakan kepada salah seorang keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang sama. 
Contoh usahawan yang mempunyai rangkaian yang hebat ialah Datin Mina yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop  melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Hal ini kerana semasa Datin Mina berada di England beliau sering ke kedai The Body Shop dan bukan sahaja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan. Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan keluaran kedai tersebut dari rakan-rakannya yang berkunjung ke London. Kerana minat yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk tersebut ke Malaysia.
          Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

4.    OPEN RISK TAKER (PENGAMBILAN RISIKO TERBUKA)

DATUK DR AZLINA BINTI HJ. CHE ABDULLAH
Berani mengambil risiko merupakan salah satu konsep keusahawanan yang perlu ada dalam jiwa seorang usahawan. Hal ini demikian kerana keberanian mengambil risiko memang ciri penting kejayaan dalam per niagaan. Persaingan sengit dunia perniagaan kini menjadikan kemampuan mengurus risiko semakin penting dan kritikal. Usahawan perlulah meluangkan masa belajar mengenai pengurusan risiko. Malahan kejayaan perniagaan tidak boleh bergantung kepada nasib dan perniagaan perlu diurus dengan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk mendapat kelebihan dalam persaingan.
Datuk Dr Azlina Binti Hj. Che Abdullah merupakan peneraju kepada syarikat produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’ Navechee Beauty (M) Sdn.Bhd yang disegani dan menjadi ikon bagi anak muda yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan. Pada awal permulaan karier beliau, Datuk Dr Azlina Binti Hj. Che Abdullah telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Hal ini menyebabkan beliau menjadikan dirinya lebih matang dan bijak merebut peluang yang ada. Malahan Datuk Dr Azlina Binti Hj. Che Abdullah juga dikatakan sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya seperti menjual aset yang ada bagi mambuka syarikat walaupun ketika itu kegawatan ekonomi berlaku.

            Seterusnya, dalam usaha untuk menempuh kejayaan dalam bidang yang diceburi, setiap usahawan itu perlu menempuh pelbagai cabaran dan risiko yang tersendiri. Bagi Datuk Dr Azlina Binti Hj. Che Abdullah, niatnya ingin memulakan perniagaan dalam keadaan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku akan dianggap tindakan yang kurang bijak. Walaupun begitu, beliau menyedari risiko akan keputusannya untuk memulakan perniagaan pada ketika kegawatan ekonomi berlaku, namun beliau tidak gentar di mana prinsip beliau ketika itu ialah “Orang yang bijak akan sentiasa mencari cara atau jalan untuk berjaya, sedangkan orang yang gagal pula sibuk mencari alasan”. Berbekalkan kesungguhan beliau yang ada pada dirinya, beliau kini mampu berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain. Berbekalkan pengalaman, pengetahuan dan semangat ingin berjaya, beliau mampu menjadi tokoh yang disegani malah pernah menerima anugerah kehormat daripada Sultan atau Raja di negeri masing-masing (Shiroro, 2015)


5.    VISIONARY (BERWAWASAN)

TONY FERNANDES
Tony Fernandes merupakan seorang yang mempunyai wawasan yang berani, menyeluruh dan berpandangan jauh untuk semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak beliau mengimpikan tiga perkara iaitu mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki satu kelab bolasepak English dan mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak usia muda, Fernandes sudah mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi asia semasa beliau belajar di sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga jarang pulang ke rumahnya kerana kos penerbangan yang tinggi. 
 Fernandes, kelahiran Malaysia paling menonjol, mantan pendidikan eksekutif Warner Music-British, mengimpikan pengurusan penerbangannya menggunakan bajet beliau sendiri sejak beliau masih belajar, kata beliau kepada BBC tahun 2010. Beliau juga pernah berkata di BBC tahun 2010 "Bagi penerbangan saya yang pertama, saya enggan melancarkannya ke Australia dan China, dan kebanyakan orang merasakan hal itu agak ganjil", katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama saya di London-Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya merangkul anugerah International Herald Tribune bagi “Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja beliau yang mengagumkan dalam AirAsia.


6FAILURE IS AN OPTION (KEGAGALAN ADALAH PILIHAN)


        ROBER KUOK
Robert Kuok merupakan usahawan terkaya di asia barat sejak tahun 2002. beliau mengusahakan penjualan gula, bermula abad ke 20. Bapa Robert Kuok tiba di Malaysia dari Fuji,China.
Pada mulanya, Kuok bekerja sebagai “office boy” sebelum dia dapat menjadi seorang yang berjaya seperti sekarang iaitu seorang jutawan. Selepas beliau lulus sebagai kerani di jabatan perdagangan beras daripada Konglomerat Industri Jepun Mitsubishi Shoji Kaisha antara 1942-1945, tidak lama kemudian beliau dinaikkan pangkat untuk mengetuai jabatan beras perdagangan. Selepas perang dunia, beliau telah belajar berniaga di Jepun dan kembali ke perniagaan keluarganya di Johor. Beliau di temuramah oleh majalah ‘Forbes’ tentang kejayaannya. Beliau berkata bahawa, beliau memulakan modal dengan $300 juta pada 2014. Singapura menyenaraikan beliau dalam PACC Perkhidmatan Luar Pesisir Holdings , pengendali kapal terbesar di Asia untuk penerokaan minyak dan gas luar pesisir. Kumpulan Kuok menawan syarikat-syarikat yang disenaraikan di Hong Kong, Malaysia dan Singapura.Beliau mencapai  kekayaan dalam industri jualan gula, minyak sawit , perkapalan dan hartanah. Satu sumber yang besar adalah kepentingan dalam gergasi minyak sawit Wilmar International, yang dikendalikan oleh anak Kuok, Khoon Hong, seorang jutawan Singapura.

 BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)

TAN SRI DATO LOH BOON SIEW
Konsep budaya terbuka adalah merupakan satu pengetahuan yang harus disebarkan secara meluas mengikut perkembangan semasa. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama. Setiap usahawan yang Berjaya juga perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka. Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Dato Loh Boon Siew.
            Tan Sri Dato Loh Boon Siew merupakan seorang tokoh yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal jenama Honda ke Malaysia. Pada tahun 1958, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah bercuti di Jepun dan beliau ternampak sebuah motosikal yang belum ada di Malaysia dan beliau terfikir jika motosikal tersebut dibawa masuk ke Malaysia, motorsikal ini akan mendapat sambutan dan pasaran yang baik di Malaysia. Oleh itu, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah membuat keputusan untuk membuat perjanjian dengan memesan 12 unit motosikal berjenama Honda.
            Tan Sri Loh Boon Siew telah melakukan kajian tentang pasaran yang berkaitan dengan gaya hidup dan perbezaan budaya di Negara Malaysia. Selepas Negara Malaysia merdeka pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Pada mulanya rakyat Malaysia hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke pejabat, pusat membeli belah dan banyak lagi. Rakyat Malaysia ketiaka itu sudah diperkenalkan dengan motosikal oleh penjajah sebelum kemerdekaan tetapi kebanyakan motosikal yang dibawa masuk oleh penjajah bersaiz besar sepeti Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan rakyat Malaysia yang kecil.
            Dengan melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah Berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu dengan menjual motosikal bersaiz kecil dan ringan atau lebih dikenali sebagai motosikal ‘cub’. Cara ini sesuai dengan gaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia yang bertubuh kecil dan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu.

7.    BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCAME ORIENTED)

TAN SRI NASARUDDIN
            Maksud berorientasikan hasil adalah untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh hasil dari sesuatu dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, memperoleh hasil yang lumayan adalah salah satu motif dalam perniagaan. Hasil yang diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang diimpikan.
            Tokoh yang berorientasikan hasil ialah Tan Sri Nasaruddin. Beliau telah membeli 20 AP (permit import) lalu ke Jepun, beliau telah menghabiskan tiga bulan dan membawa balik 20 unit pertama kereta Jepun terpkai yang berjaya dijual kesemuanya dalam tempoh tiga bulan. Beliau telah memulakan perniagaan automobile dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, Tan Sri Nasaruddin membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitannya dan berjaya menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalaman ini, beliau berkemampuan dalam memperluaskan pasaran kereta import. Kompentesi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan ketahanan sesuatu perniagaan serta melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

8.    KERJA BERPASUKAN/BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)

FREDRICK W. SMITH - fedEx
Menurut   kajian   yang   dilakukan,   kerja berpasukan   telah   menyerlahkan   potensi   serta   meningkatkan   prestasi   apabila tugasan   yang   melibatkan   pelbagai   kemahiran,   pengalaman   dan   penilaian digabungkan atau dalam erti kata yang lain, membantu memaksimumkan bakat dankemahiran setiap anggota didalam sesebuah organisasi kumpulan. Usahawan   yang   mengamalkan   kaedah   ini   ialah   Frederick   W. Smith merupakan peneraju fedEx. Beliau yang mengamalkan ciri berorientasikan pasukan. Fredrick dilahirkan   pada   11   Ogos   1944   dan   merupakan   warganegara   Memphis, Tennessee,  Amerika   Syarikat.   Pada   tahun   1980,   FedEx   menjalankan   kerjasama dengan British Airways. FedEx Corporation secara rasminya digunakan sejak bulan Januari 2000 yang sebelum ini menggunakan FDX Corporation.
Perniagaannya   berkembang   apabila   pada   bulan   Februari   2004,   FedEx mengambil  alih   perusahaan   swasta  Kinko's   Inc   dan menggantikan  dengan   nama FedEx Kinko's. Proses  ini  dilakukan  untuk memperluaskan  akses  jaringan FedEx kepada masyarakat umum. Selanjutnya, perusahaan beliau kembali mengambil alih Parcel Direct sejak September 2004 dan berganti nama menjadi FedEx SmartPost. Pada   masa   kini,   FedEx   telah   menjadi sebuah perkhidmatan  pengiriman   terkemuka   di dunia. Hal ini membuktikan bahawa ciri berorientasikan pasukan sangat membantu terutamanya kepada para usahawan. Fredick W.Smith sendiri telah berjaya dengan mengamalkan ciri pasukan yang berorientasikan justeru menjadikan beliau seorang yang   berjaya   di   mata   dunia.   Perkhidmatan   yang   berkualiti   dan   cemerlang   disesebuah organisasi sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kini.
9.    PROAKTIF (PROACTIVE)

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI
Proaktif bermaksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.
Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dapat dikait rapat dengan ciri keusahawanan ini kerana beliau dilihat sentiasa proaktif dalam menjalankan perniagaannya. Beliau yang pada asalnya hidup dalam keadaan yang serba kekurangan kini dipandang tinggi oleh masyarakat hasil kerja keras beliau dalam perniagaan. Bermula perniagaannya setelah mengambil alih perniagaan penternakan lembu milik bapa saudara yang pada asalnya mengalami kerugian kerana penyakit kaki dan mulut. Beliau telah pergi dari pekan ke pekan di kawasan Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Daging tersebut telah dibungkus bersama ais dan dijual kembali kepada peniaga. Kejayaan dalam perniagaan tersebut telah menambahkan semangat dan keyakinannya dalam bidang perniagaan
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melibatkan diri dalam peniagaan di bidang pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110, 000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lori tersebut bagi memulakan perniagaan beras. Beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada BERNAS dan berjaya mendapatkan kontrak membekalkan kepada FELDA, MARA dan sebagainya. Beliau menegembangkan perniagaanya kepada komoditi lain iaitu gula dan ia masih dijalankan sehingga ke hari ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah berjaya mengembangkan perniaagannya dalam pelbagai bidang lain lagi. Contohnya seperti, bidang pembuatan, bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal di Malaysia. Sikap proaktif yang sentiasa diaplikasikan oleh beliau telah berjaya meletakkan beliau sebagai usahawan yang dihormati dan disegani oleh masyarakat.
           
Task 1(b)


DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman merupakan seorang ahli perniagaan  kosmetik yang bermula ketika beliau berumur 21 tahun lagi. Beliau dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi, iaitu Rozita Ibrahim. Kini beliau berusia 29 tahun dan dianugerahkan sebagai pangkat Dato’. Beliau telah berkahwin pada usia muda iaitu ketika berumur 19 tahun dengan rakan sekerjanya pada ketika itu iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang berusia 22 tahun dan dikurniakan tiga orang anak.
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan adalah sejak berumur 7 tahun lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Kini, beliau adalah seorang ahli perniagaan iaitu Pengarah Urusan Kosmetik dan Kesihatan yang berjaya iaitu D’Herbs yang terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah bedak asas, produk pelansingan, minuman kesihatan wanita, dan lipstick rawatan bibir.
Kini, syarikat tersebut dihuni seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D'Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D'Herbs Healthy Sdn. Bhd sebagai salah satu jenama yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia.
Antara ciri usahawan berjaya yang digunakan dan diamalkan oleh Dato’ Aliff Syukri untuk memajukan perniagaan kosmetiknya adalah :
i)          Berwawasan
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah berwawasan. Beliau mempunyai wawasan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan ini perlu ada pada diri seorang usahawan supaya dapat mengelakkan sebarang kegagalan dalam mencapai sesuatu keinginan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas ini, beliau telah berusaha untuk mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Pada permulannya, sebelum Dato' Aliff Syukri bergelar usahawan, beliau sudah mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajat untuk mencipta satu jenama produknya sendiri. Walaupun beliau sedar untuk mencipta satu produk jenama baharu bukanlah hal yang mudah. Pada ketika itu juga beliau mempunyai masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau.
Walaupun beliau sedang mengalami situasi tersebut, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan usahawan-usahawan yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan akhirnya beliau berjaya menghasilkan satu jenama produk iaitu D'Herbs yang mendapat sambutan yang baik oleh pengguna. Beliau juga bertekad untuk menggunakan semua wang simpanan beliau untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun beliau sedar risiko untuk muflis sangat mudah, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal pengenalan jenama D'Herbs ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan mempromosikan produk ini. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan agen pemasaran. Beliau juga tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
 Selain itu, ciri berwawasan juga dapat diperlihatkan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat ‘single level’ yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas dan sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti, serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Hal ini sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua–dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Sebagai seoerang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu untuk membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya di samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.

ii)         Mempunyai Rangkaian
Sebagai peneraju dalam perniagaan kosmetik ini, Dato’ Aliff Syukri tidak lari daripada tanggungjawab yang seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan. Seseorang usahawan perlu bijak membuat keputusan bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan. Dato’Aliff Syukri menonjolkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan ingin bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012.

Beliau juga telah mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’Herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn. Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia.
Setakat ini, permintaan produk D’Herbs sangatlah mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia dan dapat dibuktikan produk D’Herbs ini juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd yang berfungsi khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan seterusnya membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.
iii)        Pengambilan Risiko Terbuka
Mengambil risiko yang terbuka bermaksud risiko merupakan tolak ukur seseorang.Orang yang berani mengambil risiko sebenarnya seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya. pengambilan risiko terbuka juga membawa maksud individu yang berani menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa-apa jaminan yang akan melindunginya ketika ditimpa sebarang masalah pada masa hadapan.
Usahawan perlulah berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara bagi menjamin kejayaan perniagaan yang dijalankan. Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang berkebolehan. Ini terbukti apabila beliau sendiri yang mempromosikan produk yang diasaskan oleh beliau di pasaran. Pelbagai kritikan, komen serta pandangan buruk orang ramai terhadap cara beliau mempromosikan produk beliau tetapi ia tidak mematahkan semangat beliau sama sekali untuk terus mempromosi produk tersebut.
Beliau juga ada mengatakan, ‘jika ingin berjaya, seseorang usahawan perlulah berfikiran positif dan menolak semua tanggapan negatif orang ramai’. Ciri berani mengambil risiko serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang beliau jalankan menyebabkan produk D’Herbs terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’ dan sering disebut malah menjadi satu perkataan yang tidak asing lagi oleh masyarakat kerana produknya sudah terkenal dan dikenali .
Produk D'Herbs juga telah diiklankan di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, serta di mana iklan telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi kesan yang baik yang sangat besar kepada perniagaan. Produk D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan, D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia, Bintang Mencari Bintang dan lain-lain yang disiarkan di Astro dan TV.
iv)        Proaktif
Selain itu, seorang usahawan bukan sahaja perlu mengambil pelbagai kaedah atau kemudahan, malah sifat proaktif juga harus dipupuk untuk kekal bersaing dalam perniagaan. Seorang usahawan yang proaktif mereka perlu bertanggungjawab keatas semua keputusan sama ada masa kini dan lampau. Sifat proaktif dalam membuat apa-apa keputusan yang bijak tanpa ada unsur yang mempengaruhi keputusan yang dibuat. Mereka juga berani dan tekad dalam memberikan keputusan yang mengandungi idea-idea menarik serta membuat permunian yang kreatif terhadap syarikatnya. Usahawan yang berorientasikan kumpulan akan mudah mengesan masalah dalaman dan luaran perniagaannya melalui pelbagai aspek.
Sebagai contohnya, Dato’ Aliff Syukri juga merupakan seorang yang bersifat proaktif. Ciri ini dapat dibuktikan apabila beliau mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk ciptaanya sendiri bukan hanya bergantung kepada produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajatnya iaitu ingin membuat satu jenama produknya sendiri walaupun beliau tahu bahawa ingin mencipta satu jenama baru bukanlah mudah. Namun, ramai yang menghadiri mensyuarat yang dianjurkan oleh beliau kerana semuanya berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mencipta satu jenama tersendiri. Hasil daripada ciri yang ditunjukkan oleh beliau, maka terhasillah satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang hangat di pasaran iaitu produk D’Herbs yang dikenali semua lapisan masyarakat.

v)         Kegagalan Adalah Pilihan
Kegagalan adalah pilihan bermaksud seseorang individu tersebut berhak untuk menentukan kehidupan ke atas dirinya sama ada memilih untuk gagal ataupun berjaya. Jika individu tersebut memilih untuk gagal, maka gagallah sepanjang hidupnya namun akan menjadi sebaliknya jika individu tersebut telah membuat pilihan yang tepat.
Sebagai seorang usahawan muda yang berjaya, Dato’ Aliff Syukri turut menonjolkan ciri seorang usahawan iaitu melihat kegagalan yang terjadi sebagai satu jalan atau langkah untuk berjaya. Ciri yang ditonjolkan ini menunjukkan bahawa usahawan ini mempunyai semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ciri ini dipamerkan oleh beliau apabila beliau ingin mendapatkan modal bagi mencipta produknya sendiri. Walaupun beliau dimaki dan diherdik serta kertas kerja yang dibuat oleh beliau tidak diterima dan diluluskan oleh pihak bank, itu tidak bererti beliau akan putus asa dalam mendapatkan modal. Dengan semangat inisiatif tinggi yang ada dalam dirinya, beliau dapat meyakinkan rakan-rakan serta pelanggan dalam memberikan beliau modal dalam perniagaannya. Modal tersebut dijadikan pelaburan dan hasilnya, syarikat D’Herbs sampai ketahap yang membanggakan pada hari ini.