PENDAHULUAN
Usahawan menurut
Kamus Dewan Edisi Baru ialah sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan
iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran
untuk membuat keperluan masyarakat, barang-barang industri atau pekerjaan
berniaga secara besar-besaran. Selain itu, usahawan juga adalah seorang ahli
perniagaan yang perlu mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran
termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada
nilai pasaran barangan yang dipasarkan.
Dengan kata mudah,
seorang usahawan akan bertindak sebagai orang yang menguruskan sesuatu kegiatan
ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menangung risiko sesuatu
perniagaan dan merupakan seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada
sesuatu pembaharuan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Usahawan juga adalah
seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menurut segala hak
keempuaan keatas perniagaan tersebut.
Oleh itu usahawan
menanggung risiko perniagaan. Usahawan memerlukan wawasan dan mengembangkan
peniagaan untuk kemakmuran mayarakat. Usahawan juga adalah seseorang yang
inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya
ingin berjaya atas usaha sendiri. Lihat sahaja di mana-mana tempat,
usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan
kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan
Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara. Ini
menunjukkan bahawa “Melayu Hebat Berniaga!”
TUGAS 1 (A)
USAHAWAN-USAHAWAN YANG BERJAYA
1
OBSERVANT (PEMERHATI)
HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR
Observant bermaksud
taat, atau dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan atau lebih
spesik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu,
observant daripada konteks bahasa Melayu ialah seseorang yang memberi prihatin
yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara ataupun seseorang yang sentiasa
melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati. Untuk menjadi usahawan yang
berjaya, seseorang itu perlu prihatin ke atas persekitaran dan merebut segala
peluang yang ada dalam usaha memajukan perniagaan supaya mereka boleh terus
berjaya atau mempu bertahan atas usaha mereka. Di samping itu, usahawan perlu
mempunyai penglihatan yang tajam, mempunyai kebijaksaan serta berpandangan
jauh.
Antara contoh
usahawan yang gemar menggunakan pemerhatian dalam perniagaannya ialah
Harsukhlal Maganlal Kamdar. Beliau merupakan peneraju gedung pakaian Kamdar.
Beliau memulakan perniagaan dalam bidang import eksport tetapi diberhentikan
akibat Perang Dunia Kedua. Selepas itu, beliau sering menunggang basikal 20
hingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi melihat dan memerhati bidang
perniagaan yang berpotensi. Kemudian beliau pergi ke Singapura bagi menyertai
perniagaan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni dan sebagainya.
Beliau telah bekerja dan mencari pengalaman selama tiga tahun di Singapura.
Pada tahun 1950,
Harsukhlal telah membuka perniagaan yang diberi nama BA Lalaji dan kemudiannya
bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Perniagaannya telah berkembang dan
beliau turut membuka kedai di Kuala Lumpur. Melalui pemerhatian beliau, Kuala
Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan
dalam jangka masa panjang. Oleh itu, Harsukhlal telah meninjau peluang untuk
membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan kini Kamdar telah meluas
diseluruh pelosok Malaysia.
Oleh itu, usahawan
ialah orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun daripada menjadi sebagai
pemerhati, mereka dapat menghasilkan idea yang membawa manfaat kepada diri dan
masyarakat.
2.
3.
NETWORKED (RANGKAIAN)
DATIN MINA CHEAH FOONG
Business network
atau rangkaian perniagaan merupakan salah satu elemen terpenting yang mesti diwujudkan
untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Perkara ini telah diakui oleh
semua usahawan yang telah berjaya. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang
baik, cekap dan efektif untuk pengguna luaran dan dalaman ianya akan menjadi
satu kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai
perniagaan mereka.
Rangkaian usahawan boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu rangkaian rasmi (formal networking) atau rangkaian tidak
rasmi (informal networking). Rangkaian rasmi merupakan hubungan yang sedia ada
di antara pelbagai pihak (suatu hubungan yang terbentuk daripada kebudayaan
masing-masing yang hampir sama) dengan usahawan tersebut manakala rangkaian
tidak rasmi terjalin melalui semasa zaman kanak-kanak, rakan kepada salah seorang
keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang sama.
Contoh usahawan yang
mempunyai rangkaian yang hebat ialah Datin Mina yang berasal dari Ipoh, Perak.
Beliau berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The
Body Shop melalui syarikatnya, Rampai
Niaga Sdn. Bhd. Hal ini kerana semasa Datin Mina berada di England beliau
sering ke kedai The Body Shop dan bukan sahaja meminati pelbagai produk yang
ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan. Apabila pulang
ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan keluaran kedai tersebut
dari rakan-rakannya yang berkunjung ke London. Kerana minat yang mendalam,
beliau merancang dan berusaha membawa produk tersebut ke Malaysia.
Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala
Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan
perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya,
Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan
Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka,
Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal
ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat dan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan.
4.
OPEN RISK TAKER (PENGAMBILAN RISIKO
TERBUKA)
DATUK DR AZLINA BINTI HJ. CHE ABDULLAH
Berani mengambil
risiko merupakan salah satu konsep keusahawanan yang perlu ada dalam jiwa
seorang usahawan. Hal ini demikian kerana keberanian mengambil risiko memang
ciri penting kejayaan dalam per niagaan. Persaingan sengit dunia
perniagaan kini menjadikan kemampuan mengurus risiko semakin penting dan
kritikal. Usahawan perlulah meluangkan masa belajar mengenai pengurusan risiko.
Malahan kejayaan perniagaan tidak boleh bergantung kepada nasib dan perniagaan
perlu diurus dengan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk mendapat kelebihan
dalam persaingan.
Datuk Dr Azlina
Binti Hj. Che Abdullah merupakan peneraju kepada syarikat produk kecantikan dan
kesihatan yang dipercayai iaitu D’ Navechee Beauty (M) Sdn.Bhd yang disegani
dan menjadi ikon bagi anak muda yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan.
Pada awal permulaan karier beliau, Datuk Dr Azlina Binti Hj. Che Abdullah telah
menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Hal ini menyebabkan beliau menjadikan
dirinya lebih matang dan bijak merebut peluang yang ada. Malahan Datuk Dr
Azlina Binti Hj. Che Abdullah juga dikatakan sanggup mengambil risiko dengan
menggadaikan apa sahaja yang dimilikinya seperti menjual aset yang ada bagi
mambuka syarikat walaupun ketika itu kegawatan ekonomi berlaku.
Seterusnya, dalam usaha untuk
menempuh kejayaan dalam bidang yang diceburi, setiap usahawan itu perlu
menempuh pelbagai cabaran dan risiko yang tersendiri. Bagi Datuk Dr Azlina
Binti Hj. Che Abdullah, niatnya ingin memulakan perniagaan dalam keadaan
kegawatan ekonomi yang sedang berlaku akan dianggap tindakan yang kurang bijak.
Walaupun begitu, beliau menyedari risiko akan keputusannya untuk memulakan perniagaan
pada ketika kegawatan ekonomi berlaku, namun beliau tidak gentar di mana
prinsip beliau ketika itu ialah “Orang yang bijak akan sentiasa mencari cara
atau jalan untuk berjaya, sedangkan orang yang gagal pula sibuk mencari
alasan”. Berbekalkan kesungguhan beliau yang ada pada dirinya, beliau kini
mampu berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain. Berbekalkan
pengalaman, pengetahuan dan semangat ingin berjaya, beliau mampu menjadi tokoh
yang disegani malah pernah menerima anugerah kehormat daripada Sultan atau Raja
di negeri masing-masing (Shiroro, 2015)
5.
VISIONARY (BERWAWASAN)
TONY FERNANDES
Tony Fernandes merupakan seorang
yang mempunyai wawasan yang berani, menyeluruh dan berpandangan jauh untuk
semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak beliau mengimpikan tiga perkara iaitu
mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki satu kelab bolasepak English dan
mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak usia muda, Fernandes sudah
mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi asia semasa beliau belajar di
sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga jarang pulang ke rumahnya
kerana kos penerbangan yang tinggi.
Fernandes, kelahiran
Malaysia paling menonjol, mantan pendidikan eksekutif Warner Music-British,
mengimpikan pengurusan penerbangannya menggunakan bajet beliau sendiri sejak
beliau masih belajar, kata beliau kepada BBC tahun 2010. Beliau juga pernah
berkata di BBC tahun 2010 "Bagi penerbangan saya yang pertama, saya enggan
melancarkannya ke Australia dan China, dan kebanyakan orang merasakan hal itu
agak ganjil", katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama saya di
London-Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya merangkul anugerah International
Herald Tribune bagi “Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja beliau yang
mengagumkan dalam AirAsia.
6FAILURE IS AN OPTION (KEGAGALAN ADALAH
PILIHAN)
ROBER KUOK
Robert
Kuok merupakan usahawan terkaya di asia barat sejak tahun 2002. beliau
mengusahakan penjualan gula, bermula abad ke 20. Bapa Robert Kuok tiba di
Malaysia dari Fuji,China.
Pada
mulanya, Kuok bekerja sebagai “office boy” sebelum dia dapat menjadi seorang
yang berjaya seperti sekarang iaitu seorang jutawan. Selepas beliau lulus
sebagai kerani di jabatan perdagangan beras daripada Konglomerat Industri Jepun
Mitsubishi Shoji Kaisha antara 1942-1945, tidak lama kemudian beliau dinaikkan
pangkat untuk mengetuai jabatan beras perdagangan. Selepas perang dunia, beliau
telah belajar berniaga di Jepun dan kembali ke perniagaan keluarganya di
Johor. Beliau di temuramah oleh majalah ‘Forbes’ tentang kejayaannya.
Beliau berkata bahawa, beliau memulakan modal dengan $300 juta pada 2014.
Singapura menyenaraikan beliau dalam PACC Perkhidmatan Luar Pesisir Holdings ,
pengendali kapal terbesar di Asia untuk penerokaan minyak dan gas luar pesisir.
Kumpulan Kuok menawan syarikat-syarikat yang disenaraikan di Hong Kong, Malaysia
dan Singapura.Beliau mencapai kekayaan
dalam industri jualan gula, minyak sawit , perkapalan dan hartanah. Satu sumber
yang besar adalah kepentingan dalam gergasi minyak sawit Wilmar International,
yang dikendalikan oleh anak Kuok, Khoon Hong, seorang jutawan Singapura.
BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
TAN SRI DATO LOH BOON SIEW
Konsep budaya
terbuka adalah merupakan satu pengetahuan yang harus disebarkan secara meluas
mengikut perkembangan semasa. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat
dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek seperti pembangunan,
penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama. Setiap
usahawan yang Berjaya juga perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka. Usahawan
yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Dato Loh Boon Siew.
Tan
Sri Dato Loh Boon Siew merupakan seorang tokoh yang bertanggungjawab membawa
masuk motosikal jenama Honda ke Malaysia. Pada tahun 1958, Tan Sri Dato Loh
Boon Siew telah bercuti di Jepun dan beliau ternampak sebuah motosikal yang
belum ada di Malaysia dan beliau terfikir jika motosikal tersebut dibawa masuk
ke Malaysia, motorsikal ini akan mendapat sambutan dan pasaran yang baik di
Malaysia. Oleh itu, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah membuat keputusan untuk membuat
perjanjian dengan memesan 12 unit motosikal berjenama Honda.
Tan
Sri Loh Boon Siew telah melakukan kajian tentang pasaran yang berkaitan dengan
gaya hidup dan perbezaan budaya di Negara Malaysia. Selepas Negara Malaysia
merdeka pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Pada
mulanya rakyat Malaysia hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke
pejabat, pusat membeli belah dan banyak lagi. Rakyat Malaysia ketiaka itu sudah
diperkenalkan dengan motosikal oleh penjajah sebelum kemerdekaan tetapi
kebanyakan motosikal yang dibawa masuk oleh penjajah bersaiz besar sepeti
Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan rakyat Malaysia yang kecil.
Dengan
melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah, Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah
Berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu dengan menjual
motosikal bersaiz kecil dan ringan atau lebih dikenali sebagai motosikal ‘cub’.
Cara ini sesuai dengan gaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia yang bertubuh
kecil dan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu.
7.
BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCAME ORIENTED)
TAN SRI NASARUDDIN
Maksud
berorientasikan hasil adalah untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh
hasil dari sesuatu dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, memperoleh
hasil yang lumayan adalah salah satu motif dalam perniagaan. Hasil yang
diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang
usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai
matlamat yang diimpikan.
Tokoh
yang berorientasikan hasil ialah Tan Sri Nasaruddin. Beliau telah membeli 20 AP
(permit import) lalu ke Jepun, beliau telah menghabiskan tiga bulan dan membawa
balik 20 unit pertama kereta Jepun terpkai yang berjaya dijual kesemuanya dalam
tempoh tiga bulan. Beliau telah memulakan perniagaan automobile dalam sebuah
kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun
1979, Tan Sri Nasaruddin membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk
menggiatkan lagi perniagaan peruncitannya dan berjaya menjual 40 hingga 60 buah
kereta sebulan. Melalui pengalaman ini, beliau berkemampuan dalam memperluaskan
pasaran kereta import. Kompentesi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan
dan ketahanan sesuatu perniagaan serta melanjutkan hayat perniagaan yang
berpanjangan.
8.
KERJA BERPASUKAN/BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM
ORIENTED)
FREDRICK W. SMITH - fedEx
Menurut kajian
yang dilakukan, kerja berpasukan telah
menyerlahkan potensi serta
meningkatkan prestasi apabila tugasan yang
melibatkan pelbagai kemahiran,
pengalaman dan penilaian digabungkan atau dalam erti kata
yang lain, membantu memaksimumkan bakat dankemahiran setiap anggota didalam
sesebuah organisasi kumpulan. Usahawan
yang mengamalkan kaedah
ini ialah
Frederick W. Smith merupakan
peneraju fedEx. Beliau yang mengamalkan ciri berorientasikan pasukan. Fredrick dilahirkan pada
11 Ogos 1944
dan merupakan warganegara
Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat.
Pada tahun 1980,
FedEx menjalankan kerjasama dengan British Airways. FedEx
Corporation secara rasminya digunakan sejak bulan Januari 2000 yang sebelum ini
menggunakan FDX Corporation.
Perniagaannya berkembang
apabila pada bulan
Februari 2004,
FedEx mengambil alih perusahaan
swasta Kinko's Inc
dan menggantikan dengan nama FedEx Kinko's. Proses ini
dilakukan untuk
memperluaskan akses jaringan FedEx kepada masyarakat umum.
Selanjutnya, perusahaan beliau kembali mengambil alih Parcel Direct sejak
September 2004 dan berganti nama menjadi FedEx SmartPost. Pada masa
kini, FedEx telah
menjadi sebuah perkhidmatan
pengiriman terkemuka di dunia. Hal ini membuktikan bahawa ciri
berorientasikan pasukan sangat membantu terutamanya kepada para usahawan.
Fredick W.Smith sendiri telah berjaya dengan mengamalkan ciri pasukan yang
berorientasikan justeru menjadikan beliau seorang yang berjaya
di mata dunia.
Perkhidmatan yang berkualiti
dan cemerlang disesebuah organisasi sangat diperlukan
lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kini.
9.
PROAKTIF (PROACTIVE)
TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI
Proaktif bermaksud
bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh
lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.
Usahawan Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhari dapat dikait rapat dengan ciri keusahawanan ini kerana
beliau dilihat sentiasa proaktif dalam menjalankan perniagaannya. Beliau yang
pada asalnya hidup dalam keadaan yang serba kekurangan kini dipandang tinggi
oleh masyarakat hasil kerja keras beliau dalam perniagaan. Bermula
perniagaannya setelah mengambil alih perniagaan penternakan lembu milik bapa
saudara yang pada asalnya mengalami kerugian kerana penyakit kaki dan mulut.
Beliau telah pergi dari pekan ke pekan di kawasan Alor Setar bagi membeli
daging yang tidak terjual. Daging tersebut telah dibungkus bersama ais dan
dijual kembali kepada peniaga. Kejayaan dalam perniagaan tersebut telah
menambahkan semangat dan keyakinannya dalam bidang perniagaan
Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary melibatkan diri dalam peniagaan di bidang pengangkutan. Pada tahun
1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau
mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110, 000 daripada pihak MARA yang
digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar
menggunakan lori-lori tersebut bagi memulakan perniagaan beras. Beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada BERNAS
dan berjaya mendapatkan kontrak membekalkan kepada FELDA, MARA dan sebagainya.
Beliau menegembangkan perniagaanya kepada komoditi lain iaitu gula dan ia masih
dijalankan sehingga ke hari ini.
Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary telah berjaya mengembangkan perniaagannya dalam pelbagai bidang lain
lagi. Contohnya seperti, bidang pembuatan, bidang pengurusan dan pembangunan
pelabuhan. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal
di Malaysia. Sikap proaktif yang sentiasa diaplikasikan oleh beliau telah
berjaya meletakkan beliau sebagai usahawan yang dihormati dan disegani oleh
masyarakat.
Task 1(b)
DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
Dato’ Aliff Syukri
Kamarzaman merupakan seorang ahli perniagaan
kosmetik yang bermula ketika beliau berumur 21 tahun lagi. Beliau
dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau
adalah anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi, iaitu Rozita Ibrahim. Kini
beliau berusia 29 tahun dan dianugerahkan sebagai pangkat Dato’. Beliau telah
berkahwin pada usia muda iaitu ketika berumur 19 tahun dengan rakan sekerjanya
pada ketika itu iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang berusia 22 tahun dan
dikurniakan tiga orang anak.
Penglibatan beliau
dalam dunia perniagaan adalah sejak berumur 7 tahun lagi. Bermula dengan
berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini.
Kini, beliau adalah seorang ahli perniagaan iaitu Pengarah Urusan Kosmetik dan
Kesihatan yang berjaya iaitu D’Herbs yang terkenal dengan slogan ‘Terlajak
Laris’. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya
beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.
Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah bedak asas, produk
pelansingan, minuman kesihatan wanita, dan lipstick rawatan bibir.
Kini, syarikat
tersebut dihuni seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90
rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya
sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. D'Herbs juga telah menjadi
satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sama ada di Malaysia,
Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota
Damansara. Beliau berazam untuk menjadikan D'Herbs Healthy Sdn. Bhd sebagai
salah satu jenama yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan
seluruh dunia.
Antara ciri usahawan berjaya yang
digunakan dan diamalkan oleh Dato’ Aliff Syukri untuk memajukan perniagaan
kosmetiknya adalah :
i) Berwawasan
Antara salah satu
ciri yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang
usahawan yang berjaya ialah berwawasan. Beliau mempunyai wawasan untuk jangka
masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan ini perlu ada pada diri seorang
usahawan supaya dapat mengelakkan sebarang kegagalan dalam mencapai sesuatu
keinginan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas ini, beliau telah
berusaha untuk mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Pada permulannya,
sebelum Dato' Aliff Syukri bergelar usahawan, beliau sudah mempunyai cita-cita
ingin mencipta dan menjual produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam
mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajat
untuk mencipta satu jenama produknya sendiri. Walaupun beliau sedar untuk
mencipta satu produk jenama baharu bukanlah hal yang mudah. Pada ketika itu
juga beliau mempunyai masalah dari segi modal dan kesukaran mencari kepercayaan
daripada orang lain kadangkala melemahkan semangat beliau.
Walaupun beliau
sedang mengalami situasi tersebut, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk
meyakinkan usahawan-usahawan yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan akhirnya
beliau berjaya menghasilkan satu jenama produk iaitu D'Herbs yang mendapat
sambutan yang baik oleh pengguna. Beliau juga bertekad untuk menggunakan semua
wang simpanan beliau untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun
beliau sedar risiko untuk muflis sangat mudah, namun selepas membuat kajian
selama beberapa bulan, syarikatnya D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya
mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Pada peringkat awal
pengenalan jenama D'Herbs ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh Dato' Aliff
Syukri termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan mempromosikan produk ini.
Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan agen
pemasaran. Beliau juga tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana
beliau percaya produknya adalah produk yang mampu dimiliki oleh semua lapisan
masyarakat.
Selain itu, ciri berwawasan juga dapat
diperlihatkan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi
sebuah syarikat ‘single level’ yang mengeluarkan produk kecantikan dan
kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas dan sekaligus
mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti,
serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Hal
ini sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua–dua pihak
iaitu pengeluar dan peniaga.
Sebagai seoerang
usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan
wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu
untuk membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan
dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya di samping
membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk
daripada D'Herbs.
ii) Mempunyai
Rangkaian
Sebagai peneraju
dalam perniagaan kosmetik ini, Dato’ Aliff Syukri tidak lari daripada
tanggungjawab yang seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan. Seseorang
usahawan perlu bijak membuat keputusan bagi memastikan masalah yang timbul
dapat diselesaikan. Dato’Aliff Syukri menonjolkan ciri tersebut apabila beliau
membuat keputusan ingin bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada
tahun 2012.
Beliau juga telah
mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik
syarikat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan ini, syarikat
mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk
D’Herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah
membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan
dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan
Sdn. Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan
bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia.
Setakat ini,
permintaan produk D’Herbs sangatlah mendapat sambutan daripada
pengguna-pengguna di seluruh Malaysia dan dapat dibuktikan produk D’Herbs ini
juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing
Sdn.Bhd yang berfungsi khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan
dan seterusnya membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk
menghasilkan produk di bawah syarikat ini.
iii) Pengambilan Risiko
Terbuka
Mengambil risiko
yang terbuka bermaksud risiko merupakan tolak ukur seseorang.Orang yang berani
mengambil risiko sebenarnya seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam
dirinya. pengambilan risiko terbuka juga membawa maksud individu yang berani
menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa-apa jaminan yang akan
melindunginya ketika ditimpa sebarang masalah pada masa hadapan.
Usahawan perlulah
berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara bagi menjamin kejayaan perniagaan
yang dijalankan. Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang berkebolehan. Ini
terbukti apabila beliau sendiri yang mempromosikan produk yang diasaskan oleh
beliau di pasaran. Pelbagai kritikan, komen serta pandangan buruk orang ramai
terhadap cara beliau mempromosikan produk beliau tetapi ia tidak mematahkan
semangat beliau sama sekali untuk terus mempromosi produk tersebut.
Beliau juga ada
mengatakan, ‘jika ingin berjaya, seseorang usahawan perlulah berfikiran positif
dan menolak semua tanggapan negatif orang ramai’. Ciri berani mengambil risiko
serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang beliau jalankan menyebabkan
produk D’Herbs terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’ dan sering disebut malah
menjadi satu perkataan yang tidak asing lagi oleh masyarakat kerana produknya
sudah terkenal dan dikenali .
Produk D'Herbs juga
telah diiklankan di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti
Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, serta di mana iklan telah
disiarkan setiap minggu dan ianya memberi kesan yang baik yang sangat besar
kepada perniagaan. Produk D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional
dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan, D'Herbs juga
telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia, Bintang Mencari
Bintang dan lain-lain yang disiarkan di Astro dan TV.
iv) Proaktif
Selain itu, seorang
usahawan bukan sahaja perlu mengambil pelbagai kaedah atau kemudahan, malah
sifat proaktif juga harus dipupuk untuk kekal bersaing dalam perniagaan.
Seorang usahawan yang proaktif mereka perlu bertanggungjawab keatas semua
keputusan sama ada masa kini dan lampau. Sifat proaktif dalam membuat apa-apa
keputusan yang bijak tanpa ada unsur yang mempengaruhi keputusan yang dibuat.
Mereka juga berani dan tekad dalam memberikan keputusan yang mengandungi
idea-idea menarik serta membuat permunian yang kreatif terhadap syarikatnya.
Usahawan yang berorientasikan kumpulan akan mudah mengesan masalah dalaman dan
luaran perniagaannya melalui pelbagai aspek.
Sebagai contohnya,
Dato’ Aliff Syukri juga merupakan seorang yang bersifat proaktif. Ciri ini
dapat dibuktikan apabila beliau mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual
produk ciptaanya sendiri bukan hanya bergantung kepada produk orang lain.
Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia,
beliau menyuarakan hajatnya iaitu ingin membuat satu jenama produknya sendiri
walaupun beliau tahu bahawa ingin mencipta satu jenama baru bukanlah mudah.
Namun, ramai yang menghadiri mensyuarat yang dianjurkan oleh beliau kerana
semuanya berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mencipta satu jenama
tersendiri. Hasil daripada ciri yang ditunjukkan oleh beliau, maka terhasillah
satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang hangat di pasaran iaitu
produk D’Herbs yang dikenali semua lapisan masyarakat.
v) Kegagalan
Adalah Pilihan
Kegagalan adalah
pilihan bermaksud seseorang individu tersebut berhak untuk menentukan kehidupan
ke atas dirinya sama ada memilih untuk gagal ataupun berjaya. Jika individu
tersebut memilih untuk gagal, maka gagallah sepanjang hidupnya namun akan
menjadi sebaliknya jika individu tersebut telah membuat pilihan yang tepat.
Sebagai seorang
usahawan muda yang berjaya, Dato’ Aliff Syukri turut menonjolkan ciri seorang
usahawan iaitu melihat kegagalan yang terjadi sebagai satu jalan atau langkah
untuk berjaya. Ciri yang ditonjolkan ini menunjukkan bahawa usahawan ini
mempunyai semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ciri ini dipamerkan oleh
beliau apabila beliau ingin mendapatkan modal bagi mencipta produknya sendiri. Walaupun
beliau dimaki dan diherdik serta kertas kerja yang dibuat oleh beliau tidak
diterima dan diluluskan oleh pihak bank, itu tidak bererti beliau akan putus
asa dalam mendapatkan modal. Dengan semangat inisiatif tinggi yang ada dalam
dirinya, beliau dapat meyakinkan rakan-rakan serta pelanggan dalam memberikan
beliau modal dalam perniagaannya. Modal tersebut dijadikan pelaburan dan
hasilnya, syarikat D’Herbs sampai ketahap yang membanggakan pada hari ini.
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan